ARTIKEL SEBELUM

16/04/10

Isu Perak jadi bahan kempen

TELUK INTAN - Isu yang berlaku di Perak akan menjadi sebahagian daripada bahan kempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendedahkan sikap sebenar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Barisan Nasional (BN) tidak akan membawa isu-isu berunsur fitnah yang membawa kepada pembohongan kerana itu bukan cara mereka berkempen.

Menurutnya, BN akan menceritakan kepada rak- yat tentang dasar-dasar yang digunakan parti itu dalam usaha membela nasib rakyat.

“Dalam konteks Negeri Perak, kita akan menceritakan pengalaman kita dan kita akan menceritakan berdasarkan kepada fakta serta bukti-bukti yang ada.

“Kita tidak suka memanipulasi sebarang perkara yang berlaku di Negeri Perak seperti yang dilakukan oleh PR,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu, Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak, Zainol Fadzi Paharudin.

Menurutnya, beliau pasti penduduk di Hulu Selangor ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di Perak terhadap kekacauan dibuat oleh pembangkang.

Mengenai Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat di Hulu Selangor, beliau berkata, keputusan itu adalah hak parti itu kerana mereka merasakan Zaid adalah pilihan yang terbaik.

“Kita sebenarnya gembira apabila Zaid dipilih sebagai calon dan saya sangat yakin BN akan merampas semula Hulu Selangor.

“Pemilihan Zaid memberikan kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perak berkata, bagi menghadapi pilihan raya itu BN Perak telah menyiapkan jentera untuk tujuan berkempen di kawasan bersempadan dengan negeri Perak bagi memastikan lebih 5,000 pengundi berdaftar di kawasan berkenaan mengundi calon BN.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud