Seorang saintis. Itulah gambaran yang digunakan pihak polis untuk menyifatkan Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Benjy, ekoran penemuan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis syabu di kondominiumnya. Penemuan itu dibuat atas maklumat yang diberikan Benjy ketika penahanan kali keduanya.
Dalam laporan Harian Metro itu juga - 'Benjy umpama 'saintis'' - turut didedahkan yang Benjy mendapat resipi membuat syabu dari Internet.
Bila dimaklumkan tentang pendedahan polis itu oleh wartawan Harian Metro, ibu Benjy, seniwati Azean Irdawaty menafikan semua itu sebagai satu penipuan - 'Saya yakin Benjy tak bersalah'. Tegasnya, dia lebih mengenali anak lelaki tunggalnya itu dan yakin Benjy tidak terlibat dengan aktiviti dadah.
Tambah Kak Yan, tidak dilihat sebarang perubahan pada Benjy. Malah seminggu sebelum ditahan, Benjy dikatakan telah meminjam RM50 daripada adiknya. Bagi Kak Yan, jika benar anaknya mengedar dadah, hidupnya sudah pasti senang-lenang.
Selain mengemukakan kemungkinan peralatan membuat syabu tersebut milik orang lain, Kak Yan juga merasakan Benjy barangkali dijadikan 'kambing hitam' dan dipaksa mengaku peralatan tersebut miliknya.
Turut dibangkitkan Kak Yan dalam temuramah itu, isu pihak polis yang masih belum memohon maaf atas tuduhan mendakwa Benjy ditahan dengan lebih 800 gram kokain bernilai lebih RM650,000. Padahal serbuk itu sodium bikarbonat atau serbuk penaik.