ARTIKEL SEBELUM

22/04/10

Adun Katak bela diri sendiri



KUALA LUMPUR : Mahkamah Rendah Syariah Klang menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan permohonan cerai secara fasakh yang difailkan oleh Ramizah Mazlan, 39, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan tarikh itu selepas diminta peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Ramizah pada 21 April lalu.

Ahmad Nazib yang juga Ketua Angkatan Muda PKR negeri Sarawak berkata, pembelaan terhadap tuntutan fasakh oleh Badrul, 50, yang difailkan di mahkamah pada 15 April dan diterima pihaknya pada 19 April lalu tidak menjawab tuntutan fasakh yang dikemukakan oleh Ramizah.

Sehubungan itu katanya, pihak plaintif tidak perlu menjawab jawapan yang diberikan oleh Badrul dan terus memohon satu tarikh perbicaraan.

Abdul Malik mengesyorkan kepada Badrul supaya dia mengambil khidmat peguam bela dalam perbicaraan itu tetapi defendan memilih untuk membela dirinya sendiri di dalam perbicaraan itu nanti.

Badrul berkata: "Ini kisah suami isteri saya tidak perlu peguam. Pada pandangan saya ini adalah terlalu peribadi".

Bagaimanapun, Abdul Malik berkata, biarpun Badrul merasakan beliau di pihak yang benar tetapi jika beliau tidak mampu menyampaikan kebenaran itu dengan baik mungkin adalah sukar baginya membuktikan kebenaran itu.

Pada prosiding hari ini, Badrul datang tanpa peguam manakala Ramizah tidak hadir dan diwakili oleh Ahmad Nazib.

Badrul dan Ramizah bernikah pada 31 Julai 1993 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Badrul yang dulunya Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional selepas beliau keluar daripada parti itu pada 29 Oktober tahun lalu.

Pada sebutan pertama kes itu pada 22 Februari lalu, Abdul Malik sudah meminta Badrul mengemukakan pembelaan beliau dan melantik seorang peguam bagi mengendalikan tuntutan cerai fasakh yang dimohon oleh isterinya di bawah Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. - ep



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud