Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin tidak mengiktiraf Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membicarakan kesnya berhubung isu kalimah Allah kerana ia turut dianggotai oleh para pemimpin bukan beragama Islam.
Beliau yang meninggalkan prosiding itu hari ini berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah majoriti ahli lembaga tersebut terdiri daripada pemimpin Kristian yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut.
Saya baru sahaja mengambil keputusan keluar daripada sidang Lembaga Disiplin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH. Walaupun saya telah bersedia untuk menjawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya. Oleh itu saya membuat walk out.
Pada hari Isnin 15 Rabi'ul Awal / 01 Mac lepas, saya terkejut apabila mendapati ahli panel Lembaga Disipilin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH terdiri daripada bukan Islam, iaitu 2 Kristian iaitu Mr. Goh Keat Peng dan Ms. Chew Swee Yoke, dan Mr. T. Kumar, seorang penganut Hindu. Hanya seorang sahaja yang beragama Islam. Walaupun saya telah meminta melalui 3 surat bertarikh 16, 25 dan 27 Feb supaya saya dibicarakan dihadapan Lembaga Disiplin yang ahli panelnya beragama Islam kerana isunya membabitkan isu aqidah dan syariat Islam, iaitu isu kalimah ALLAH, namun mereka menolaknya dan berkeras mahu panel bukan Islam yang membicarakan saya.
Saya percaya ini adalah rancangan jahat Firaun-Firaun Kecil didalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam dengan mengadapkan saya kehadapan Lembaga Disiplin yang bukan Islam.
Hari ini saya mengadap Lembaga Disiplin tersebut untuk mendapatkan keputusan mereka tentang tuntutan saya supaya mereka menarik diri daripada menjadi anggota panel Lembaga Disiplin yang akan membicarakan saya.