ARTIKEL SEBELUM

29/03/10

Zambry & Ganesan Penakut

Adun Titi Serong Perak


Keputusan Menteri Besar 'Mahkamah' Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Speaker 'Haram', Datuk R. Ganesan tidak mahu bermesyuarat bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan kelancaran dan kelicinan perjalanan sidang DUN esok dianggap sebagai tindakan pengecut dan bacul.

Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim kedua-dua pemimpin Barisan Nasional itu gagal hadir pada mesyuarat di Dewan Bandaraya Ipoh pukul 9 pagi tadi.

"Seperti hasrat yang dihantar melalui surat rasmi pada Jumaat lepas, hari ini kami berkumpul di Dewan Bandaraya Ipoh tepat pada waktunya dan kami menunggu kedatangan Zambry dan Ganesan bagi membincangkan kelancaran perjalanan sidang pada esok hari. Namun mereka tidak hadir malah kami juga tidak dapat tindak balas dari mereka,".



Speaker Haram Perak


Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Adun Sitiawan Datuk Ngeh Khoo Ham, Adun Pantai Remis Datuk Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Adun Tronoh merangkap Speaker Pakatan Rakyat V. Sivakumar, Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan Adun Bercham, Sum Cheok Leng.

Menurut Drs Khalil lagi sehari sebelum sidang DUN diadakan terdapat tanda-tanda halangan jalan raya serta lain kekangan akan dijalankan oleh pihak berkuasa dengan menyalahguna jentera kerajaan.

"Kita minta rakyat menilai dan kami datang hari ini untuk memastikan supaya persidangan menjadi lebih baik tanpa ada sekatan jalan, penggunaan jentera polis dan FRU (Polis Simpanan Persekutuan).

"Inilah sikap penakut dan angkuh Zambry. Kalau sebelum ini beliau berkata mahu bekerjasama dengan rakyat maka sepatutnya dia datang untuk berbincang bersama kami," ujar beliau lagi.- sk



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud