ARTIKEL SEBELUM

12/03/10

Tu dia Mohsin.... Amaran sudah berakhir !!


"Selepas tamat tempoh, dia nampaknya berkeras dan kami akan mengadu kepada Allah memohon petunjuk daripada-Nya kerana dia khianat amanah rakyat "


Mulai malam esok, kami akan mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar ahli parlimen itu insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan.

Majlis solat hajat akan diadakan esok bermula dengan solat Maghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Mohsin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Mac lalu dengan alasan kecewa Pakatan mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.Pada PRU ke-12 lalu, Mohsin yang mendapat 18,943 undi menewaskan Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti 3,413 undi.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud