ARTIKEL SEBELUM

17/03/10

Taniah Dr Asri - selamat menulis

Selepas menamatkan kolumnya di Mingguan Malaysia, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, akan memulakan kolum barunya di Malaysiakini hujung bulan ini.

Beliau akan menulis dalam kolum bertajuk 'Tinta Hujah' di laman bahasa Malaysia Malaysiakini mulai 28 Mac ini.

“Kepada Allah kembalinya segala kurniaan dan kebaikan. Insya-Allah, saya akan memulakannya (kolum itu) apabila saya pulang daripada umrah nanti,” kata Dr Asri yang kini berada di Mekah



Dr Asri menamatkan kolumnya di Utusan selepas akhbar itu menolak tulisannya yang berjudul “Ulama: dimuliakan atau disucikan" dan Kekosongan tersebut akan diisi dengan tulisan mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakariadu Utusan Malaysia.

Dr Mohd Asri berkata, beliau berharap pembaca setia dan “penyokong pembaharuan” agama, akan terus menjadikan kolum barunya sebagai medan perbincangan isu-isu agama secara lebih bebas.



Malaysiakini, sesuai dengan pendekatannya, sudah pasti akan menjadi ruang (perkongsian) pendapat yang lebih merdeka dan terbuka daripada segala kongkongan (sikap) fanatik dan kejumudan pemikiran.

“Saya yakin, di sini pena saya tidak akan dihalang oleh sebarang kepentingan sempit, sebaliknya akan membuka ufuk baru pemikiran dan perbincangan,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud