
Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir badminton All England selepas mudah menundukkan jaguh Denmark, Peter Hoge Gade 21-17, 21-14 sebentar tadi.
Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan menanti keputusan pertemuan antara Bao Chunlai dari China dan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam satu lagi pertemuan peringkat separuh akhir.
Chunlai sebelum ini telah berjaya menewaskan rakan senegara, Lin Dan di peringkat suku akhir dengan 21-16, 18-21, 21-17.