ARTIKEL SEBELUM

25/03/10

Saman Zahrain Jangan Tak Saman






Selepas mengegarkan parlimen dan mendedah isu 16 sept di Parlimen minggu lalu , hari ini ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mahu menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Saifuddin Nasution kerana mendakwa telah memfitnah beliau.




Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail akan disaman berhubung kenyataan beliau dalam akhbar rasmi Suara Keadilan mengenai dakwaan Zahrain berhutang sebanyak RM1.8 juta dan bercadang melunaskan hutang tersebut melalui projek golf bernilai RM40 juta.

Sementara itu Guan Eng akan disaman kerana telah membuat kenyataan bahawa Zahrain keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort di Pulau Pinang menerusi sebuah syarikat RM2.

Zahrain berkata, beliau menerusi peguamnya akan mengemukakan notis saman tersebut kepada Lim di pejabat ketua menteri itu di Pulau Pinang esok.

"Setelah berbincang dengan peguam, saya dapati ada kes dan saya akan mengarahkan peguam saya mengemukakan surat permintaan kepada Lim dan selepas itu kita akan tengok bagaimana respons beliau,” katanya. s



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud