Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin berkata beliau menyokong langkah Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan pusat melalui tindakan lompat parti oleh anggota Barisan Nasional pada 16 September 2008 kerana selari dengan hasrat setiap parti politik yang mahu menubuhkan kerajaan.
"Secara peribadi saya rasa wajar tindakan pembangkang mengenai 16 September dan perancangan itu saya rasa tidak jadi masalah kerana sememangnya setiap parti politik hendak menubuh kerajaan. Saya tidak ada masalah dengan itu hanya mungkin sesetengan cara itu mungkin boleh 'adjust' sikit,". Biar cara itu beretika, berakhlak," .

Zulkifli yang dipecat daripada KEADILAN 16 Februari lalu kerana masalah disiplin masih menimbulkan isu 'firaun kecil' yang beliau dakwa masih wujud dalam parti itu.
Ditanya siapa dan berapa ramai 'firaun kecil' yang dimaksudkan beliau enggan memberikan sebarang butiran.
"Mereka ini segelintir kecil tapi bising macam ramai. Azmin dan Saifuddin masih lagi kawan baik saya," kata beliau samada dua pemimpin itu yang dimaksudkan beliau.
Berhubung dakwaan yang dibuatnya di dalam Dewan Rakyat pagi tadi bahawa beliau ditawarkan ganjaran yang boleh 'menggugat iman' untuk mendapatkan pengakuan bersumpah dari 'pihak ketiga' bagi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Zulkifli berkata, "saya diselamatkan oleh Allah daripada melakukan perkara tersebut".
Walau bagaimanapun beliau enggan menamakan siapa yang dimaksudkan dengan 'pihak ketiga'.
"Saya tidak boleh sebut di luar Dewan kerana kita ada etika tetapi kalau dipaksa saya akan dedahkan," kata Zulkifli.- sk