ARTIKEL SEBELUM

27/03/10

Pilihanraya Kecil, PKR Telah Siap-Siaga



Parti Keadilan Rakyat sentiasa dalam keadaan bersiap-siaga menghadapi pilihanraya, selaras dengan strategi parti yang berkehendakkan jentera yang cekap dan boleh dikerah bila-bila masa sahaja.

Pengerusi Pilihanraya PKR Selangor Abdullah Sani berkata setiap Ahli Parlimen PKR diarah untuk menganjurkan sekuranhg-kurangnya 40 program rakyat dalam setahun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas strategi parti menghadapi pilihanraya kecil Hulu Selangor akan datang.

"Kita telah merancang beberapa program yang diatur awal-awal untuk sepanjang tahun ini,maka bila pilihanraya kita tidak kelam-kabut. Sekiranya ada kejadian mendadak seperti kematian misalannya, kita sesuaikan program mengikut keadaan semasa," jelas Abdullah.

Sementara itu, PKR akan melancarkan Kempen Selamatkan Malaysia, Tolak Konspirasi kedua di Stadium Mini Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir bersama tokoh- tokoh politik Pakatan Rakyat yang lain bagi memberi sokongan kepada kempen ini.

"Program ini akan tetap diteruskan samada ada pilihanraya atau tidak," tegasbeliau.

Abdullah berkata pimpinan UMNO Barisan Nasional angkuh dalam membuat pelbagai kenyataan betapa parti itu mampu menawan kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dari tangan PKR.



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud