ARTIKEL SEBELUM

7/03/10

MUFTI HARUSSANI SUARAKAN AGENDA UMNO ?


Kenyataan Media (6 Mac 2010)

KERAJAAN PERPADUAN: MUFTI PERAK SUARAKAN AGENDA UMNO


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menasihatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika beliau mahu di hormati oleh rakyat sepertimana yang telah di dedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.

Tan Sri Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai Pegawai Agama Kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita. Dengan sikapnya berpihak ini akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti.

Persoalan yang perlu di jawab oleh Tan Sri Harussani di dalam isu Kerajaan Perpaduan yang cuba beliau burukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika UMNO yang begitu zalim membolehkan kita sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini.

UMNO yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini perlu di nasihati terlebih dahulu dan PAS tidak akan bersekongkol dengan UMNO yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan UMNO terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat.

DPPN Pk juga kesal Tan Sri Harussani menggunakan kedudukkannya sebagai Pegawai Agama Kerajaan mengheret Sri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda UMNO terlaksana. DPPN Pk tidak mahu mengheret Tan Sri Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan UMNO, DPPN Pk mempersilakan!


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud