ARTIKEL SEBELUM

8/03/10

“Kes jenayah tak selesai, kenapa polis ganggu ceramah PR?”

kecoh di KSS angkara siapa ?


KUALA LUMPUR : "Bukankah lebih baik anggota polis membanteras jenayah daripada sekat ceramah politik? Apabila polis lambat tiba, selalu dikatakan mereka tidak cukup anggota," kata Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terbaru melibatkan gangguan polis terhadap ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang telah diadakan semalam di Kelab Sultan Sulaiman, bertujuan merayakan kemenangan PR menawan 5 negeri sebelum ini.

"Agak ironis apabila kira-kira seminggu sebelum hari itu, berlaku insiden rogol terhadap ibu yang mengandung empat bulan oleh lapan orang lelaki.

"Tetapi dalam ceramah PR mereka begitu cekap dan efisyen pula. Saya tidak salahkan anggota di bawah, kerana sebagaimana mereka sendiri akui, bahawa mereka 'menurut arahan'," kata beliau yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor.

Dalam kejadian semalam, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah digunakan untuk mengganggu majlis ceramah sementara sebelum itu pula, pihak polis telah menghentikan Majlis Makan Malam DAP Kepong.

"Adakah ini arahan terbaru dari Bukit Aman?" kata beliau lagi menerusi suatu nota yang dikembarkan dalam laman sosial Facebook hari ini.

Menyentuh pengalaman peribadinya, Nik Nazmi berkata, perkara yang sama berlaku pada 5 Mac lalu, ketika beliau dijemput merasmikan Bilik Gerakan Keadilan Ranting Kg Laut, Skudai, Johor oleh Keadilan Cabang Gelang Patah.

Permit telah dimohon, tetapi ditolak

"Saya bersama rakan anggota Keadilan tiba di Skudai pada 8 malam dan berhenti makan. Rakan-rakan Angkatan Muda Keadilan diketuai Nazri Ismail, Setiausaha AMK Gelang Patah datang bertemu saya dan memaklumkan kira-kira 100 anggota polis berada di sekitar tapak ceramah dan mengarahkan agar ceramah dihentikan.

"Permit telah pun dimohon sejak 18 Februari, namun tiada jawapan hinggalah hari ceramah itu sendiri apabila polis maklumkan permit ditolak," kata beliau.

Tambah Nik Nazmi, di jalan masuk pertama ke Kg Laut, sudah kelihatan sekumpulan anggota polis trafik dan polis balai menjaga jalan masuk tersebut.

"Kami ke lorong satu lagi dan melihat lebih ramai polis. Apabila kereta saya hendak masuk ke dalam, Timbalan Ketua Polis Johor Baharu telah memaklumkan bahawa jalan ditutup. Kelihatan berpuluh-puluh anggota polis lengkap dengan senjata api dan kereta ronda.

"Saya dan rakan-rakan Keadilan dan Pas Gelang Patah bertanya ada jenayah apa yang berlaku sehingga begitu ramai polis ditugaskan?Pegawai polis yang sama sekadar berkata, 'arahan dari atas.'

"Saya bertanya lagi peruntukan undang-undang mana mereka pakai, sekali lagi jawapan yang sama. Saya berasakan diri saya dilayan seolah-olah seorang pengganas yang hendak menyerang Skudai," kata beliau lagi.

Akhirnya, tambah Nik Nazmi, polis telah membenarkan mereka berjalan kaki kira-kira sejauh 1 kilometer untuk sampai ke Bilik Gerakan Keadilan tersebut.

Namun, kata beliau, pihaknya difahamkan bahawa Umno Gelang Patah turut mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada malam yang sama.

"Jadi, adakah pihak polis menerima tekanan politik? Ketika sampai di bilik gerakan, kami menerima maklumat dua 'Black Maria' turut berada berhampiran bersama-sama puluhan polis berseragam dan juga anggota cawangan khas yang berbaju biasa.

"Akhirnya kami mengadakan ceramah dalam ruang bilik gerakan yang agak sempit namun ucapan kami disiarkan ke luar bilik gerakan. Apabila polis mendapat tahu beberapa wartawan dalam perjalanan, dua 'Black Maria' dan puluhan anggota polis bertindak meninggalkan Kg Laut, lalu yang tinggal cuma beberapa anggota sahaja," tambah beliau lagi.

Nik Nazmi, secara sinis berkata, dalam ucapannya ketika merasmikan bilik gerakan itu, selain menyentuh isu Fitnah 2 dan perkembangan terkini di Selangor, beliau ingin merakamkan ucapan penghargaan ke atas pihak polis kerana sudi memastikan 'keselamatan' rombongannya di sana.- EP

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud