ARTIKEL SEBELUM

13/03/10

Kereta Tian Chua berlanggar, anggota tentera terbunuh

hanya hiasan



KOTA TINGGI 13 Mac – Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Salleh Hamdan, 22, koma akibat kecederaan parah sebelum meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohammad Sebot berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan ke sini dari arah Mersing, manakala Tian Chua menuju ke Mersing untuk menyampaikan ceramah selepas menghadiri satu majlis ramah mesra di sini.

‘‘Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dan Mercedes Benz bertembung selepas kereta Mercedez dinaiki Tian Chua itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Bagaimanapun, Tian Chua yang merupakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ditahan dan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Mersing.

Osman berkata, akibat rempuhan itu motosikal mangsa terpelanting lalu merempuh sebuah lagi motosikal yang berada berhampiran.

Kata beliau, penunggang motosikal kedua hanya mengalami cedera ringan akibat terjatuh manakala pemandu kereta berkenaan dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang tidak mengalami kecederaan.

Menurut beliau, polis menahan pemandu kereta berusia 20-an itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Keselamatan Jalan Raya kerana menyebabkan kematian. -

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud