ARTIKEL SEBELUM

25/03/10

Jangan lupa esok yer...!!!


Setelah ditunda sebelum ini, Dewan Pemuda PAS akan meneruskan demonstrasi di ibunegara esok bagi membantah akhbar di Sweden yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

Setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata, setelah membuat promosi melalui pelbagai cara, ribuan umat Islam akan berarak ke kedutaan Sweden di Jalan Ampang selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

“Perhimpunan ini akan diketuai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan,”

Kamaruzaman berkata, dalam perhimpunan esok, mereka akan berkumpul sekitar bangunan Tabung Haji dan berarak beramai-ramai ke kedutaan berkenaan kira-kira 1 kilometer.

Minggu lalu, demonstrasi tersebut yang sepatutnya diadakan pada 19 Mac ditangguhkan “disebabkan masalah teknikal dan perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan”.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud