ARTIKEL SEBELUM

1/03/10

Isu ini pun nak Politikkan oleh umNO di NS




Umno mengambil kesempatan mempolitikkan sambutan Maulidur Rasul di Seremban dengan membawa sepanduk dan bendera parti itu dalam perarakan yang diadakan Jumaat lalu.

Sebelum ini di Pulau Pinang, Pemuda Umno menuduh kerajaan Pakatan Rakyat anti-Islam kerana tidak membenarkan perarakan diadakan.

Semalam Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama ribuan umat Islam Pulau Pinang berarak pada sambutan itu.

Ini berbeza dengan beberapa negeri yang ditadbir Umno- BN seperti Johor, Pahang dan Perlis di mana acara perarakan Maulidur Rasul tidak diadakan sejak sekian lama.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shahrin atau CheGuBard tindakan membawa bendera Umno semasa perarakan Maulidur Rasul disifatkan menghina Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata tindakan Umno itu jelas menunjukkan kegagalan mereka menghayati sambutan hari yang mulia itu dengan mempolitikkannya.

"Walaupun amalan berarak ini masih lagi peringkat perbincangan antara ulama kerana masih lagi dianggap bidaah hasanah, Umno sepatutnya tidak mengekploitasi isu ini sebagai bahan politik," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau meminta Umno menginsafi diri dan mendesak supaya mereka meminta maaf kepada umat Islam kerana meggunakan platform Maulidur Rasul demi kelangsungan politik murahan mereka.

Ketika ditanya mengenai isu perarakan di Pulau Pinang yang cuba diputarbelitkan oleh media Umno-BN, Badrul berkata Ketua Menteri sejak tahun pertama pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat telah turut bersama-sama umat Islam menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Ini berbeza dengan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon yang tidak pernah sekali pun meraikan sambutan tersebut bersama umat Islam Pulau Pinang.

Sudah tiba masanya rakyat membuka mata terhadap tindakan parti usang ini yang sanggup menggunakan pelbagai cara dan taktik kotor untuk mengelirukan rakyat dan menagih sokongan rakyat yang semakin hilang kata CheGuBard lagi.

"Sebelum ini Umno menggunakan isu kalimah Allah tapi tidak menjadi, dan yang terbaru mereka guna isu kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul diadakan namun dakwaan ini terbukti palsu.

"Sebaliknya mereka pula menggunakan Maulidur Rasul sebagai pentas politik mereka yang terang menghina Junjungan Besar Rasulullah SAW dan umat Islam," katanya lagi.- sk






posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud