ARTIKEL SEBELUM

21/03/10

Keputusan bola Epl Games 31


Gameweek 31
Aston Villa 2 - 2
Wolves
Everton 2 - 0
Bolton
Portsmouth 3 - 2
Hull City
Stoke City 1 - 2
Tottenham
Sunderland 3 - 1
Birmingham
Wigan 1 - 0
Burnley
Arsenal 2 - 0
West Ham
Man Utd V Liverpool 21 Mar 13:30
Fulham V Man City 21 Mar 15:00
Blackburn V Chelsea 21 Mar 16:00
West Ham V Wolves 23 Mar 20:00
Aston Villa V Sunderland 24 Mar 19:45
Man City V Everton 24 Mar 19:45
Portsmouth V Chelsea 24 Mar 19:45
Blackburn V Birmingham 24 Mar 20:00


PEMAIN Aston Villa, John Carew (kanan) bersaing dengan pemain Wolves, Stephen Ward pada Liga Perdana England di Villa Park, semalam. - AFP


LONDON - Penyerang Norway, John Carew menjaringkan dua gol ketika memastikan Aston Villa bangkit untuk berkongsi mata apabila seri 2-2 dengan Wolves pada Liga Perdana England, semalam.

Wolves hampir mencatat kemenangan pertama selepas 30 tahun di Villa Park, sehinggalah Carew menjaringkan gol pada minit ke-82, untuk Villa meraih satu mata, ketika mencabar kedudukan keempat dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Carew meletakan Villa di depan pada minit ke-16, sebelum jaringan pada minit ke-23 Jody Craddock dan gol sendiri minit ke-38 James Milner, mengubah perlawanan.

Keputusan itu menghampakan Villa yang semakin ketinggalan kepada pasukan di tangga keempat Tottenham Hotspur.

Wolves pula empat mata dari zon penyingkiran.

Pengurus Villa, Martin O'Neill menerima tamparan sebelum perlawanan, apabila Gabriel Agbonlahor tidak dapat beraksi akibat kecederaan pangkal paha yang dialaminya ketika menang di Wigan, pertengahan minggu ini.

Namun, Villa masih mengekalkan rekod sebagai pasukan yang belum kalah sejak 2010 dan pantas menguasai perlawanan semalam.

Asakan Villa membuahkan hasil apabila Carew meletakan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-16, untuk gol ke-12 setakat ini.

Hantaran Milner tepat kepada Ashley Young di penjuru kiri pintu gol lawan, dan sepakan rendah pemain itu bijak disempurnakan oleh Carew, menerusi percubaan jarak dekat.

Tindakan kasar ketua pasukan Stiliyan Petrov ke atas Kevon Doyle. memberikan sepakan bebas pada minit ke-23, membolehkan Wolves menyamakan kedudukan.

Sepakan lencung David Jones ke dalam kawasan penalti, tepat kepada Craddock, yang merembat deras mengatasi Brad Friedel.

Kejutan jaringan tersebut menyebabkan Villa goyah dan mereka sekali lagi melepaskan gol pada minit ke-39.

Ketika Villa kehabisan idea untuk menjaringkan gol, Heskey melakukan hantaran tepat kepada Steve Sidwell, untuk Carew menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82. - Agensi

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud