ARTIKEL SEBELUM

1/03/10

Fairus Sertai UMNO Selepas SPRM Gugur Tuduhan Rasuah



KUALA LUMPUR 1 MAC: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Kamaruddin menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya.

Kes rasuah Mohd Fairus melibatkan syarikat kuari di Seberang Prai, adalah antara lapan kes berprofil tinggi yang digugurkan baru-baru ini.


Pengumuman itu dibuatnya selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak

“...hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Mengikut laman berita itu, Najib pada majlis sama ketika diminta mengulas perkembangan itu berkata: "Kita kena jaga beliau (Mohd Fairus) dengan baik."




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud