ARTIKEL SEBELUM

3/03/10

Fairus Jadi Ahli Umno Bukit Bintang




Setelah gagal digelanggang KEADILAN, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin kini bersilat pula di dalam gelanggang Umno.

Beliau menyertai parti tersebut pada satu majlis Silat Gayung Malaysia di Ampang Ahad lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sejurus sahaja mengumumkan beliau keluar daripada KEADILAN dan menjadi ahli Umno kad keahlian beliau sudah pun tersedia dengan nombor 02634284 dengan status bertaraf aktif.

Menurut maklumat kad keahlian yang diperolehi daripada www.daftar.umno.org.my, Fairus menjadi ahli Umno cawangan Bandar Wawasan di dalam bahagian Bukit Bintang.

Bahagian Bukit Bintang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Zabidi, Bendahari Agung Umno.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud