ARTIKEL SEBELUM

21/03/10

DULU FIRAUN KECIL LE NIE PARASIT PULAK..panasss



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh mendedahkan terdapat dua ‘parasit’ dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diberi peranan untuk menjatuhkan pemimpin tidak disukai, selain melobi pemimpin parti lain menyertai PKR.

Katanya, kedua-dua ‘parasit’ terbabit menggunakan kedudukan dan kuasa mereka dalam parti untuk merencana agenda, tanpa disedari ahli mahupun pemimpin terbabit, seolah menikam dari belakang.



“Jika saya dedahkan nama mereka ini, pasti ramai terkejut sebab mereka berpengaruh dalam parti. Buat masa ini, biar identitinya menjadi tanda tanya supaya satu persatu kepincangan PKR dapat didedahkan. Apabila tiba masanya, saya yakin tembelang mereka akan pecah,” katanya.

Mohd Radzhi yang juga DUN Bebas berkata, kemungkinan ‘parasit’ ini juga merujuk kepada individu sama yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai firaun kecil.




siapa parasit itu ?



“Anda carilah sendiri siapa parasit yang dimaksudkan, seorang Ahli Parlimen di utara dan seorang lagi bekas ADUN di Kedah. Mereka inilah yang mengejar dan melobi wakil rakyat Barisan Nasional dengan menawarkan jawatan dalam PKR,” katanya.

Menurutnya, ‘parasit’ ini juga diberi hak untuk mencantas mana-mana pemimpin dalam PKR yang tidak sehaluan dengan prinsip parti, dan memilih mana-mana pemimpin yang menjadi kegemaran.

Ditanya sama ada ‘parasit’ yang dimaksudkannya adalah individu sama yang didakwa oleh ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu bahawa terdapat dua ‘parasit’ dalam PKR yang mahu menjatuhkan karier politiknya, Mohd Radzhi berkata, beliau tidak pasti siapa yang dimaksudkan Wei Shu.



Adun lunas


“Dalam PKR memang banyak krisis dalaman dan kini berada di kemuncaknya apabila ramai wakil rakyat PKR keluar parti. Saya harap rakyat buatlah penilaian dengan bijak, terutama pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim,” katanya.

Mohd Radzhi berkata, apa yang didedahkan Zahrain adalah benar dan bukannya suatu pembohongan, kerana ia tidak memberi manfaat kepada Zahrain untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya yakin pemimpin PKR yang ada sekarang terpaksa mencari helah terbaik untuk menafikan apa yang didedahkan. Saya mahu bertanya kepada mereka, sampai bila mereka mampu bertahan dan membuat penafian terhadap kepincangan yang didedahkan satu persatu ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun Anwar menafikan tuduhan yang dilemparkan, namun suatu hari kelak segala kebenaran akan terbukti.

“Apa lagi bukti yang mereka mahu? Tidak cukupkah pendedahan lapan wakil rakyat yang dilobi PKR? Mungkin kita tiada bukti secara bertulis tetapi itulah hakikatnya,” katanya. .SN

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud