Putrajaya mencatat sejarah semalam apabila lebih 4,000 Orang Asli dari seluruh negara berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri untuk menyerah memorandum ekoran ras tidak puas hati tindakan kerajaan melantik Senator mewakili Orang Asli tanpa pengetahuan mereka
Mereka juga berhimpun untuk membantah dasar kerajaan Umno-Barisan Nasional terhadap pemilikan tanah Orang Asli.
Pengasas Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia Tijah Yok Chopil berkata kerajaan mengambil sikap sewenang-wenangnya melantik Senator yang tidak dikenali dan diterima masyarakat Orang Asli.
"Pihak kerajaan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap Orang Asli dan hanya mengabaikan kami kerana tidak memberi apa-apa kepentingan kepada mereka (kerajaan).
"Perdana Menteri dan menteri-menterinya hanya duduk di dalam bangunan "sejuk" bukannya tahu apa masalah yang dihadapi Orang Asli dan hak kami sekarang ini tidak dibela oleh kerajaan," kata Tijah diperkarangan pejabat Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya lagi kerajaan memilih Senator yang boleh mengikut telunjuk Umno dan BN dan bukannya pilihan kaum Orang Asli menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh mereka terbatas.
"Saya tidak nampak apa-apa kebaikan melantik Senator pilihan kerajaan kerana Senator itu tidak mengetahui apa yang sedang terjadi dan masalah ihadapi oleh Orang Asli.
"Senator itu tidak dipilih oleh rakyat menyebabkan kami Orang Asli hari ini tampil menyatakan bantahan terhadap beliau yang kami percaya tidak mampu membantu masyarakat Orang Asli," jelasnya lagi.
Presiden Persatuan Orang Asli Majid Suhut pula berkata pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera melantik Senator dikalangan Orang Asli yang berkaliber serta dapat memuaskan hati masyarakat Orang Asli.
"Saya berharap kerajaan dapat memberi fokus terhadap perlantikan Senator Orang Asli dan juga dapat menilai semula dasar pemilikan tanah orang asli yang kian ditindas ketika ini.
"Menteri Pembangunan Luar Bandar juga mengakui ada pelbagai kelemahan daripada kerajaan terhadap Orang Asli dan menyatakan akan menilai semula dasar-dasar kelemahan tersebut agar dapat berubah," kata Majid.
Majid serta Tijah menyampaikan memorandum bantahan kepada wakil Perdana Menteri, Datuk Syafie Abdal yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar.