Mengenai hukuman sebatan yang dikenakan ke atas bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarnor dan tiga orang wanita Islam yang didapati mengadakan hubungan seks secara haram, bekas perdana menteri memberitahu, “kita kena tahu sama ada adil atau tidak hukuman ini.”
“Sama ada hukuman ini berasaskan agama Islam yang terdapat dalam al-Quran, hadis atau tafsiran yang dibuat oleh ahli-ahli fiqah tertentu” kata beliau ketika menjawab bahawa hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang sahaja memberikan pandangan ‘tidak memihak’ dalam pelaksanaan hukuman sebatan dalam kes Kartika.
“Saya baca al-Quran tapi tak lah pandai... tapi dalam al-Quran dan hadis tidak disebut,” kata Dr Mahathir sambil menambah, “jika hendak memukul orang, kena pukul dengan betul-betul.”
“Kalau tidak pukul betul-betul, tak jadi teladan,” katanya.
Dengan menunjukkan cara merotan, kata Dr Mahathir, al-Quran tidak menyebut “dia kena pergi macam itu, tak ada kepit buku (ketika merotan).”
“Ini semua saya baca lah, tak tahu siapa buat,” katanya lagi.- mi