ARTIKEL SEBELUM

4/02/10

Zulkifli Noordin nafi keluar PKR



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin hari ini menafikan laporan berita dalam sebuah laman web kononnya beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai berita itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab serta merupakan berita palsu.

“Saya juga menjawab mengenai dakwaan itu dalam laman blog saya,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini.

Baru-baru ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Zulkifli akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti kerana sering melakukan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan di dalam dan luar parti. — Bernama



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud