ARTIKEL SEBELUM

13/02/10

Zahrain tidak memihak BN, tapi Anwar tetap kecewa


Oleh Mohd Ali Bakri

Keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bertindak menjadi ahli parlimen bebas mengecewakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyifatkan pengunduran Zahrain daripada parti itu sebagai suatu sikap yang membelakangkan mandat rakyat.

Ketua Pembangkang itu berkata pengunduran Zahrain akan menghalang pakatan pembangkang mengotakan janji yang diberikan pada pilihan raya umum lalu.

Tambah Anwar, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan keras Zahrain terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana secara dasarnya segala proses rundingan harus dibincang secara baik dan prinsip itu dihormati di peringkat pucuk pimpinan parti.

''Sebagai rakan dan sahabat, tentu saya kecewa tetapi untuk menghukum Ketua Menteri (Lim Guan Eng) dengan kata-kata kesat, itu kita tidak boleh terima. Jadi beliau ditegur atas alasan itu," kata beliau di pekarangan Istana Kehakiman kelmarin.

Ketua Pembangkang itu hadir di Mahkamah Rayuan bagi mendengar rayuan untuk membatalkan pertuduhan liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud