ARTIKEL SEBELUM

6/02/10

XPDC NIZAR SINGGAH DI P. RENGGAS

Banner pembakar semangat
Jenuh weh.. teman pusing salam dgn org Pdg Rengas

Bas XPDC jelajah daerah
Jamuan ringkas
Yb Zainudin Adun Lubuk Merbau Memberi ucapan

baju oren pemuda harapan DUN Lubuk Merbau "Lawan tetap lawan"
Bergambar bersama Dato Sri Nizar

Pakatan Rakyat Perak hari ini memulakan siri jelajah ke seluruh negeri bertemu rakyat bagi memperingati semepena genapnya setahun rampasan kuasa oleh kerajaan Umno BN negeri itu.
Program jelajah ini anjuran sekreteriat Pakatan Rakyat Perak menggunakan sebuah bas dan sebanyak 107 kereta telah mengiringi rombongan serta sekitar 50 motorsikal turut serta.

Rombongan yang di sertai oleh beberapa orang adun pakatan rakyat mereka terdiri daripada pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pimpinan parti masing-masing di peringkat bahagian dan kawasan serta para bloger pro pakatan, antara yang hadir ialah Yb Idham Lim, YB. Husin, YB. Ramli, YB. Tai, YB. Yunus dan Yb Zainudin adun Lubuk Merbau.


Setibanya rombongan di Padang Rengas satu majlis penerangan ringkas di berikan oleh Ds.Nizar berkaitan dengan keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 9hb Feb ini.
Majlis ini diadakan diperkarangan rumah Ustaz Azizi di hadapan Peladang Padang Rengas.

Antara isu yang diulas oleh Dato Sri Nizar ialah jika keputusan Mahkamah pada 9hb ini berpihak kepada pakatan rakyat beliau tetap akan mengadap DYM Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN bagi mengadakan satu pilihan raya baru bagi memberi peluang kepada rakyat Perak memilih mandat baru dengan cara yang sah serta berdemokrasi .Ini menunjukan beliau tak gila kuasa seperti apa yang dilemparkan oleh BN terhadap beliau selama ini, kerana apa yang dikatakan oleh beliau pasti akan ditunaikan dengan pembubaran DUN Perak.

Yang pastinya ujar dato Sri Nizar lagi menyeru kepada semua pendokong Pakatan Rakyat dan rakyat Perak amnya agar menolak BN dan memohon doa kepada Allah agar mudah- mudah pakatan Rakyat diberi kemenangan dan menolak kezaliman,

Oleh kerana kesutukan masa walaupun majlis yang serba ringkas tetapi telah berjaya mencapai matlamat dan diakhiri dengan jamuan makan oleh tetamu dan majlis bersurai tepat jam 3.45 petang ,seterus bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Taiping.








posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud