ARTIKEL SEBELUM

2/02/10

Warga emas kecoh kerana gagal ikuti perbicaraan


Keadaan di lobi Kompleks Mahkamah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur kecoh seketika apabila seorang lelaki warga emas bertindak menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas media kerana tidak dapat mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lelaki dalam lingkungan lewat 70-an tersebut tidak dibenarkan memasuki mahkamah kerana pas untuk masuk telah kehabisan.

Beliau kemudian melepaskan rasa geram kepada petugas media yang memenuhi ruang lobi tersebut sebelum pengsan lima minit selepas itu dan terpaksa dibawa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans.

NONEKeadaan yang tenang seketika menjadi kecoh semula apabila polis bertindak menghalau keluar jurugambar dan jurukamera tv serta wartawan dari lobi mahkamah itu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

Kekecohan itu turut diselangi teriakan `reformasi' oleh para penyokong Anwar yang telah berkumpul di sekitar pekarangan mahkamah seawal pukul 6 pagi ini.

Sejurus Anwar yang menghadapi tuduhan liwat keluar dari mahkamah kira-kira pukul 10 pagi, beliau sempat melontarkan kenyataan kepada penyokongnya bahawa perbicaraan kes beliau ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.


NONETurut hadir di kompleks mahkamah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata keadaan di kawasan kompleks mahkamah terkawal.

"Sebarang perbicaran kes berprofil tinggi polis akan mengadakan kawalan keselamatan yang ketat dan kita telah menempatkan anggota yang secukupnya bagi kes ini," katanya kepada Bernama di lobi mahkamah.

NONEKatanya polis telah ditugaskan berkawal di kompleks mahkamah dari pukul 6 pagi ini sehingga perbicaraan kes liwat Anwar selesai.

Zakaria berkata polis juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba melanggar peraturan mahkamah sehingga menggangu perjalanan perbicaraan kes berkenaan.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud