ARTIKEL SEBELUM

9/02/10

Taniah Zambri Kalah kan Nizar


Penantian hampir setahun siapakah yang menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah terjawab hari ini dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN). Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang.

Zambry dilantik sebagai menteri besar selepas BN memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran sokongan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) keluar parti masing-masing akhir Januari 2009.

Pada 13 Feb tahun lalu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei 2009, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah sah mengikut perlembagaan.



di Mahkamah Persekutuan

10.15 am:
Hakim Besar Malaya Chief Ariffin Zakaria membacakan keputusan penghakiman.

10.18 am: Hakim Ariffin membaca latarbelakang kes. Para hadirin di dalam mahkamah khusyu' mendengarnya.



10.35am: Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi.

10.48 am: Mahkamah Persekutuan menyatakan ia adalah berdasarkan penolakan Sultan untuk membubarkan DUN di bawah Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak

10.50 am: Perlembagaan Perak Artikel 16 (6) memerlukan Nizar untuk meletak jawatan atau tidak di bawah Artikel 36 (2).

10.52 am: Didapati juga bahawa Nizr telah hilang kepercayaan dari majoriti ADUN telah diperolehi di dalam satu mesyuarat khas di Istana. Mahkamah Persekutuan merujuk kepada mesyuarat khas istana diantara Sultan Perak dengan 31 orang ADUN.


TANIAH ZAMBRI KITA TUNGGU 2 TAHUN DARI SEKARANG DALAM PRU 13 NANTI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud