SPRM, dalam kenyataannya hari ini, berkata, suspek berkenaan dibebaskan selepas percakapannya dirakamkan, serta sebuah kenderaan dan sejumlah wang turut disita bagi membantu siasatan.
Pada 11 Februari lalu, SPRM telah menahan setiausaha politik berkenaan di Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Isnin lepas, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan kenyataan memaklumkan Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuat kuasa Ahad lalu.
Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. – Bernama