"Saya tidak tahu apa motif mereka buat begini. Nak kata berhutang, saya bukan ahli perniagaan. Sebagai ahli politik sepenuh masa tidak mungkin saya pinjam dengan ah long."Jadi saya anggap orang yang melakukan perbuatan ini sebagai pengecut," kata Datuk Syed Sobri Syed Hashim .
Beliau Naib Ketua Umno bahagian Padang Terap berkata ,Saya mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi selepas isterinya, Datin Zakiah Salahuddin yang pulang dari pasar ternampak tompokan merah di tembok depan rumah mereka.
"Saya dapati modus operandi menyimbah cat ini adalah seperti perbuatan ah long.Oleh itu saya telah membuat laporan polis dan salah satu tong cat yang dilemparkan ke tembok rumah saya turut diambil polis sebagai bahan bukti. - bernama
NOTA * November 2008 adun ini n diistihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Alor Star, kerana gagal membayar hutang sebanyak RM150,000.00,*