ARTIKEL SEBELUM

19/02/10

PRU-13: Tiada simbol PAS buat Ibrahim tanding di Pasir Mas




PAS tidak akan memberi laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding semula di kubu kuatnya di bahagian Parlimen Pasir Mas, Kelantan atas lambang parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

“ kami tidak akan membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS lagi... apa yang diputuskan pada tahun 2008 bersifat sekali sahaja, itu adalah keputusan ‘one-off’,” kata ahli jawatankuasa PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. “Keadaan 2008 tidak akan berulang, sebaliknya jika PAS letak calon, BN letak calon, Ibrahim juga mahu bertanding, maka akan ada saingan tiga penjuru... balik kepada keadaan asal seperti tahun 2004 di mana beliau kalah teruk,” kata Wan Abdul Rahim yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Ibrahim menjadi ahli Umno sejak 1981 tetapi telah dipecat pada 2003.Ekoran tindakan itu, Ibrahim bertanding di kawasan Pasir Mas pada 2004 sebagai calon Bebas tetapi gagal.Pada tahun 2008, Ibrahim bertanding menggunakan simbol PAS tetapi duduk di Dewan Rakyat atas kapasiti sebagai calon Bebas.PAS menawarkan Ibrahim untuk menggunakan simbolnya.


Pada tahun 2004 kerusi Pasir Mas dimenangi calon PAS iaitu Ismail Noh yang memperoleh 17,526 undi manakala calon BN, Abd Rahim Abd Rahman mendapat 16,275 dan Ibrahim pula 6,198.

Dua tahun lalu, Ibrahim menerima 28,673 undi manakala calon BN, Ahmad Rosdi Mahmud 19,682.

“Permusuhan” antara PAS dan Ibrahim mula tercetus awal tahun lalu selepas wakil rakyat itu dilihat mengkritik semua pihak tidak kira parti termasuk Pakatan Rakyat.

Situasi itu menyebabkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta beliau meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi berkenaan. - malaysia insider

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud