ARTIKEL SEBELUM

2/02/10

Pemuda Umno Kelantan gesa Ku Li lepaskan kerusi MP



KOTA BARU, Feb 1 — Pemuda Umno Kelantan mahu Tengku Razaleigh Hamzah melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, dan menyertai PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat.

Susulan ceramahnya dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan Ahli Parlimen Gua Musang itu dilabel sebagai menentang arus dan menyimpan agenda tersendiri.

“Tindakannya (Ku Li) itu jelas membayangkan beliau tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Jadi, Pemuda (Umno) Kelantan merasakan adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai PAS atau PKR,” kata Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, ketika menyampaikan ceramah royalti di Stadium Sultan Mohamad IV Khamis lalu. Malaysiainsider

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud