ARTIKEL SEBELUM

19/02/10

Mac 1 MP Zul dikehendaki mengadap lembaga disiplin


Lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk memberi satu lagi peluang kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk menjelaskan pendiriannya berhubung tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.


Tarikh baru yang diputuskan lembaga itu ialah 1 Mac. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, tarikh baru itu juga telah dimaklumkan kepada Zulkifli.

Difahamkan keputusan itu dicapai semalam bagi membolehkan Zulkifli diberikan masa yang mencukupi selepas beliau mendakwa lembaga disiplin menetapkan mahu mendengar kesnya meskipun mengetahui beliau akan berada di Korea Selatan kira-kira seminggu.





posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud