Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meragui adanya ancaman bunuh seperti yang didakwa Saiful Bukhari Azlan.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan menggesa satu siasatan turut dibuat terhadap sumber Saiful.
“Cuma yang meragukan itu ialah kerana Facebook saya, blog dengan fanpage itu dah lebih 60 ribu, jadi kalau begitu ada seorang buat catatan, dalam masa singkat hilang nama dia dan dalam masa singkat itu dia boleh email kepada Saiful, patut teliti siapa yang email,"katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Saiful mendakwa beliau dimaklumkan ugutan ini melalui sumber yang tidak mahu dinamakan. Beliau kemudiannya memfailkan satu laporan polis di Balai Polis Sentul.
Saiful, yang bimbangkan keselamatannya menyeru orang-ramai agar tidak terlalu obses dengan perbicaraan ini dan berkata sejak dua hari lalu rumahnya diserang buah busuk yang beliau percayai perbuatan sihir.
“Perlu disiasat apa mainan atau hendak cari perhatian ke saya tidak tahu, tapi aneh sebab selalu fans page saya ramai dan kekal tapi teserah pada siasatan. Saya minta pegawai semak dan memang betul, masuk sekejap bagi komen dan kemudian hilang,”katanya -.tag