ARTIKEL SEBELUM

15/02/10

Lagi kisah Zambry - sudah menggelabah, hina Bangsa Cina adakan sambutan Hari Raya Cina !





Saya sangat terkejut dengan tindakan MB mahkamah Perak yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi MB Perak di Ipoh kelmarin. Kononnya seperti yang dilaporkan oleh media sambutannya mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di perak.

Inilah sejarah baru dalam negara kita bila seorang pemimpin UMNO mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf Menteri Besar di Perak. Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari raya Cina.

Nampak sungguh Zambry sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan haram yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas. Walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini kita amalkan. Nampak sangat "bodohnya".

Sebelum ini saya ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan HRC untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN. Tidak terfikirlah sampai ketahap ini.

memang tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal bila mengadakan hari terbuka bangsa lain. Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya.

Sebenarnya sewajarnya rumah terbuka TBC hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina. Seperti yang akan dilakukan hari ini oleh ADUN Cenderiang, Dr. mah Han Soon ianya tepat dan sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan HRC anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.

Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin UMNO selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh MB kerajaan BN Haram di Perak. Bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam. -

sumber cina islam.blogspot

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud