Apa sudah jadi dengan MB Mahkamah Perak si Zambry Kadir ini agaknya?. Apakah beliau terlalu taksub dan takut dengan suara rakyat, tiba-tiba mengadakan rumah terbuka di rumahnya. Kita tidak hairan jika rumah terbuka itu diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha, tetapi Zambry rupanya mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasminya.
Jarang kita dengan seorang pemimpin Islam mengadakan rumah terbuka untuk perayaan selain hari raya. Apa yang selalu kita lihat ialah pemimpin agama lain mengadakan majlis tersebut dan pemimpin Islam datang menziarah bagi mengeratkan sillaturrahim. Namun begitu ia berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Zambry kali ini. Beliau sendiri mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Apakah wajar ia dilakukan agaknya?. Atau mungkin juga Zambry Kadir sudah "gila meroyan" maka tergamak mengadakan perayaan bukan Islam di rumahnya.
Kita tidak merasa janggal jika mereka mengadakan perayaan di mana-mana lokasi seperti yang dilakukan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Atas nama semangat muhibbah dan setiakawan, maka perayaan diadakan untuk agama lain yang dihadiri oleh pemimpin Islam itu sendiri. Namun, apa yang dilakukan oleh Zambry adalah diluar batasan sebenarnya. Beliau pula mengadakan perayaan seolah-olah dia duduk dalam agama itu. pahangdaily