ARTIKEL SEBELUM

3/02/10

Anwar: Umno Nak Pastikan Saya Disabit Tuduhan Dan Cepat Dihukum


Meskipun wujud unsur-unsur konspirasi politik yang jelas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini untuk menyambung perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri .

Keputusan itu diambil meskipun Anwar dinafikan hak untuk mendapatkan salinan dokumen dan contoh sampel DNA bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan rapi.

Anwar menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan sebagai memenuhi permintaan Umno supaya kesnya dipercepatkan agar beliau boleh didakwa tanpa sebarang kelengahan.

Anwar terkilan dengan keputusan mahkamah tidak memberikan dokumen dan sampel bukti DNA bagi membolehkan beliau membela diri secara adil.

“Kita sehingga kini menunggu dokumen, satu dokumen penting enggan diberikan oleh pendakwaraya adalah DNA. Sehingga hari ini kami tidak menerima spesimen DNA itu. Apa yang dititik beratkan DNA menjadi nombor 2, yang pertama adalah isu laporan perubatan mengenai tusukan apakah? Ia adalah imiginasi Datuk Seri Najib.

“Datuk Seri Najib mengatakan ada kemasukkan, doktor kata tidak ada. Jadi saya hendak tahu dari mana dia dapat tahu ada (tusukan), sebab itu dia perlu datang ke mahkamah,”katanya.

Anwar berkata beliau yakin Najib dan Rosmah akan berselindung di sebalik hakim untuk mengelak daripada memberi keterangan pada perbicaraannya.

“Kini Datuk Seri Najib dan Rosmah kata mereka bersedia untuk hadir, saya tidak percaya. Mereka menyatakannya demi tujuan politik untuk Utusan Malaysia dan semua tetapi mereka akan menggunakan pendakwaraya dan mahkamah seperti yang mereka lakukan dulu untuk menafikannya hak saya untuk menjadikan mereka sebagai saksi,”katanya.

Keputusan hakim hari ini untuk meneruskan perbicaraan dalam keadaan sebegitu hanya menguatkan persepsi berlakunya campurtangan politik.

jelas perbicaraan cuba dipercepatkan seperti permintaan Umno untuk mempercepatkan kes dan Anwar didakwa itu adalah minat utama pendakwaraya dan kerajaan bukannya keadilan,"katanya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam bela Karpal Singh supaya mahkamah menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan pihaknya memperoleh keputusan pertemuan dengan Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Shariff.

Hakim Alauddin akan memberi keputusan sama ada akan menerima permohonan Anwar agar keputusan panel tiga hakim yang dibuat Jumaat lalu menolak rayuan Anwar mendapatkan dokumen dari pihak pendakwaraya disemak semula oleh panel lima hakim.

“Untuk menetapkan tarikh permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu. Selepas mendapat tarikh kami akan meminta supaya perbicaraan ini ditangguhkan. Terpulang kepada keputusan Mahkamah Rayuan pagi esok, sekiranya ia menetapkan tarikh dalam waktu terdekat kita akan minta tarikh perbicaraan dilakukan pada tarikh yang lain selepas mendengar di Mahkamah Rayuan,”katanya.

Perbicaraan diteruskan hari ini walaupun laporan perubatan doktor Hospital Pusrawi dan pakar Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tidak ada bukti klinikal pengadu Saiful Bukhari Azlan pernah diliwat.

“Kami pertanya kepada Hakim mengapa beliau mahu meneruskan perbicaraan bila kita mempunyai kedua-dua laporan pakar dari hospital kerajaan dan swasta bahawa tidak terdapat tusukan. Laporan pertama menyatakan plastik telah dimasukkan tetapi kini berdebat sama ada ianya plastik atau tidak. Apapun bendanya, penemuan adalah konklusif.

“Bagaimana anda meneruskan kes tuduhan seksual dengan mengabaikan bukti yang ada, jelas ianya bersifat politik,”katanya. - Yusmawati Mhd Yusofcni



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud