ARTIKEL SEBELUM

26/02/10

Akhbar propaganda Umno di Selangor ?

Akhbar ‘Selangor Kita’ yang mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat.



Tindakan segelintir orang dipercayai penyokong Umno mengedar risalah yang memfitnah dan menghina istana Selangor dan kerajaan negeri. Akhbar Selangor Kita ini didalangi oleh musuh politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tujuannya jelas – untuk membangkitkan sentimen agama orang Melayu dan rasa marah terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan melabelkan Selangor sebagai Darul Urut dan bukan Darul Ehsan dilihat sebagai menghina mohor Istana Selangor.

”Ini merupakan satu dakyah dan propaganda mereka untuk megambil kesempatan kepada orang ramai semasa mereka datang untuk program lain. Seumpamanya hari ini, program sambutan Maulidur Rasul, pihak musuh kita telah mengeluarkan Selangor Kita membawa mesej fitnah yang menuduh kerajaan Selangor yang pertamanya contoh membawa kes liwat yang sedang dibicara mengatakan membawa pengakuan di depan tok guru ulamak, Taib Azamuddin dan juga Menteri Besar kita ini bercakap tidak serupa bikin dan bahawa undi PAS bukan boleh masuk syurga dan sebagainya.

“Jadi benda-benda macam ini telah pun di bawa jadi kita berharap kerjasama dari tuan-puan memberi liputan yang sebenarnya dan adil,” katanya.

Dr Che Rosli berkata beliau terkejut kerana penguatkuasa persekutuan seperti polis dan Rela membenarkan risalah ini diedarkan secara bebas, walaupun ia tidak mempunyai permit dan menyalahi pelbagai undang-undang lain. - tvs

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud