ARTIKEL SEBELUM

12/02/10

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng saya masih ahli PKR .



“Pada masa ini saya masih ahli PKR.” Demikian pendirian Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang Tan Tee Beng apabila ditanya sama ada beliau akan mengikut jejak rakannya dari Bayan Baru keluar PKR.

Pagi tadi Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusannya untuk keluar PKR, sekali gus akan memainkan peranan sebagai anggota Dewan Rakyat yang Bebas.

Bagaimanapun Tan berkata beliau menghormati keputusan Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, yang memutuskan untuk meninggalkan parti itu hari ini.

“Saya tidak boleh berkata saya menyokong tindakan beliau atau tidak tetapi saya sentiasa menyokong perkara yang beliau bangkitkan terhadap kepimpinan (Ketua Menteri) Lim Guan Eng,” kata Tan .

Tan juga merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang secara terbuka menyokong Zahrain yang menyifatkan Lim sebagai “cauvinis, diktator dan berfikiran komunis.”

Susulan kenyataan Zahrain itu, Tan juga pernah menyifatkan Lim, setiausaha agung DAP sebagai “seorang pemimpin tiada kelas” dengan selalu mengetepikan wakil rakyat PKR dalam proses membuat keputusan.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri pimpinan Lim enggan menyediakan peruntukan kewangan kepada ahli-ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang.

Tan memberitahu beliau tidak mahu memaksa Zahrain agar berkekalan dalam parti.

“Saya menghormati keputusan beliau dan ucapkan semoga beliau berjaya,” kata Tan yang turut dihadapkan kepada lembaga disiplin PKR.

Zahrain juga dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.

“Ia berita yang mengejutkan buat saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya lagi sama ada akan keluar PKR, Tan berkata beliau akan berhadapan dengan kepimpinan parti berhubung tindakan Lim selama ini.

“Tiada soal macam itu dalam fikiran saya, saya masih dalam proses mengumpul bukti terhadap Guan Eng, dan berharap parti akan bertindak, jika tidak kemudian kami kena timbangkan,” katanya.sumber




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud