ARTIKEL SEBELUM

25/01/10

Zulkifli Nordin double standard – Khalid Samad kata


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menganggap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengamalkan double standard dan tidak mempunyai pendirian konsisten apabila membuat laporan polis terhadapnya semalam.


Katanya, jika benar Zulkifli tidak bersetuju dengan pandangannya, beliau juga sepatutnya membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mempunyai pendirian yang sama dengannya.

Tambahnya, beliau tetap berpegang dengan kenyataannya sebelum ini kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan pendirian rasmi Pas dan PKR.

“Saya tidak tahu kenapa dia ‘minat’ sangat dengan saya. Mengapa tidak dia buat laporan terhadap Anwar dan Nik Abdul Aziz kerana pendirian kami sama?

“Tok guru sendiri sebelum ini mengatakan penggunaan kalimah Allah itu harus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri pula mengatakan di Sabah dan Sarawak boleh gunakan kalimah Allah.

“Buatlah laporan polis untuk semua sekali. Sebab itu saya kata beliau tidak konsisten dalam pendiriannya dan mengamalkan double standard,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli semalam membuat laporan di Balai Polis Jalan Masjid India di sini dengan mendakwa Khalid mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh dan menghina agama Islam.um



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud