ARTIKEL SEBELUM

13/01/10

Setiausaha Agung PKR: Saifuddin Nasution Didakwa Ahli PAS Bukan PKR?



Ketika ramai yang alukan perlantikan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiauasaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), ada yang mendakwa bahawa beliau ahli PAS dan bukan PKR.

Dakwaan sedemikian tidak menjejas wibawa Saifuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR berkuatkuasa 1 Februari depan, menggantikan Datuk Salehuddin Hashim meletak jawatan tersebut terkini.

Dengan mudah, Saifuddin menyelar dakwaan itu, dengan menyatakan bahawa nombor ahlinya dalam PKR ialah 039.

Malahan, beliau antara terawal menganggotai dan mengasaskan PKR.

Tegasnya, tindakan mempersoalkan mengenai parti mana yang dianggotainya sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar semalam mungkin disebabkan perasaan cemburu pihak berkenaan mengenai pelantikan jawatannya sekarang.

Saifuddin membidas kemungkinan pihak tertentu tidak puas hati lantaran mempertikaikan status keaahliannya dalam parti.

Tambahnya, beliau tidak tahulah macam mana isu remeh macam ini boleh timbul.

Dilaporkan ditimbulkan segelintir pemimpin PKR dan PAS.



Beliau ahli PKR lantaran beliau boleh pegang jawatan dalam parti, mana mungkin sebaliknya, maka, tentulah pelek jadinya, tegas Saifuddin lagi.

Terdahulu menurut laporan itu, Saifuddin, Ahli Parlimen Machang menjadi ahli PAS Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 dan tidak pernah mengumumkan keluar parti tersebut.



Tambahan lagi bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim turut dilaporkan mendakwa, sehingga kini Saifuddin tidak pernah mengumumkan keluar daripada PAS.

Menurut dakwaan itu lagi, Ini, walaupun selepas dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR pada konvensyen parti itu di Seremban pada Mei 2007.



Bagaimanapun Saifuddin berkata fakta yang mengatakan beliau mendaftar sebagai ahli PAS kawasan Pokok Sena pada tahun 2007 adalah salah.



Jelasnya, memang beliau pernah jadi ahli PAS di sana, tapi bukan pada 2007.



Tambahnya, beliau jadi ahli PAS di situ sekitar 80an, semasa beliau masih belajar di universiti lagi.

Jelasnya, beliau telah lama keluar dari PAS malah pernah menyertai Umno sebelum menjadi generasi pertama yang menubuhkan PKR pada 1999.

Dijangkakan pada kedudukan Setiausaha Agung PKR Saifuddin tidak terlepas dari usaha individu dan pihak dalam dan luar untuk menjatuhkannya.

Namun sebagai pemimpin politik dan kepemimpinannya berwibawa, sepak terajang politik begini dapat ditangani Saifuddin dengan hujjah bernas dan fakta terbukti.

TVSelangor.com,



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud