Hussein Ahmad (bawah, bertali leher), pemantu politik, kepada exco kerajaan Selangor Yaakop Sapari dan lapan lagi dikenakan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan rasuah eksport pasir.
Perintah tahanan reman lima hari itu dikeluarkan oleh Majistret Faizal@Amrin Nor Hadi di mahkamah majistret kajang, hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan telah menahan 34 orang yang juga membabitkan 24 kakitangan awam.
Jumlah rasuah itu dipercayai membabitkan lebih RM280,000 dan juga habuan seks. Tangkapan dibuat sepanjang minggu lalu di lima negeri.
Jumlah rasuah itu dipercayai membabitkan lebih RM280,000 dan juga habuan seks. Tangkapan dibuat sepanjang minggu lalu di lima negeri.
Pada awalnya, peguam SPRM memohon penahanan selama tujuh hari tetapi ia ditolak oleh majistret.
Peguam Hussein, Imran Hadzalie Abd Hamid yang membuat bantahan berkenaan berkata anak guamnya sanggup menyerah diri setiap hari untuk memberi keterangan.
"Tidak perlu bagi mereman mereka kerana SPRM telah menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada pejabat Yaakop," katanya.
Imran juga berkata tiga dakwaan dikenakan ke atas pembantu politik exco Selangor itu menurut Seksyen 17, Akta SPRM.msiakini