ARTIKEL SEBELUM

24/01/10

Isu cah keting sengaja diperbesarkan: Nik Aziz







KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan isu cah keting atau tikam belakang yang dibangkitkan sesetengah pihak bertujuan untuk mengkianati Pas.

Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan beliau tidak pernah berniat untuk menyebut ia berlaku dalam Pas sebaliknya mengatakan ia wujud dalam semua peringkat masyarakat termasuk dalam parti lain.

“Isu cah keting sudah lama berlaku pada umat Islam sejak dahulu dan kenapa tujukan cah keting kepada Pas sahaja? (melainkan) kalau tidak niat nak khianat pada Pas sahaja?

“Cah keting tak semesti ada dalam Pas, tiada niat sedikit pun habuk ambo (saya) sebut Pas ni ada cah keting,

“Dalam isu cah keting ini, laki bini pun cah keting, cerai-berai sebab cah keting. Dalam syarikat kongsi, ramai yang cah keting. Kenapa sebut Pas, UMNO tidak ada cah keting ke?” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini, semalam.

Isu cah keting timbul selepas kuliah mingguannya 15 Januari lalu apabila Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap cah keting.

Terdahulu, Nik Aziz membidas media yang cuba memperbesarkan isu cah keting dalam parti Pas, sedangkan fenomena itu wujud dalam mana-mana parti.

Munurutnya, media telah membuat tafsiran salah mengenai saranannya dalam kuliah mingguan Jumaat lalu supaya umat Islam mendoakan perlindungan daripada Allah agar parti itu dijauhi niat manusia yang ingin berbuat khianat secara cah keting.

“UMNO tak da cah keting ke? Tun Abdullah Badawi naik jadi imam, siar dalam surat khabar, bila dia jatuh lepas tu, cah keting juga orang panggil tuh, kenapa tak sebut.

Pada masa yang sama Nik Aziz turut membidas sesetengan pihak khususnya orang Melayu yang hanya berdoa dengan lafaz perkatan sama sedangkan Nabi Muhmammad (SAW) sendiri sentiasa berubah dalam memohon doa.

Sementara itu, Nik Abdul berkata, buat pertama kalinya pemimpin bukan Islam akan dijemput sama menghadiri Muktamar Agung Pas ke-56 yang akan berlangsung di negeri itu Jun ini

“Kita akan menjemput pemimpin bukan Islam termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen dan beberapa pemimpin lagi supaya mereka turut mengulas dan memahami ajaran Islam seperti yang diperjuangkan Pas,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud