ARTIKEL SEBELUM

2/01/10

ADUN bebasTanah Rata sertai Gerakan





BENTONG 2 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Cameron Highland, Ho Yip Kap yang memenangi kerusi itu atas tiket Bebas memilih menyertai parti Gerakan mulai hari ini.

Keputusan Yip Kap menjadi ahli parti itu dibuat selepas permohonan beliau untuk menyertai semula MCA tidak mendapat layanan.

“Saya menyertai parti ini (Gerakan) adalah hasil sokongan dan perbincangan bersama para pengundi dan penyokong di Tanah Rata yang inginkan pembaharuan dalam tampuk kepimpinan.

``Walaupun terdapat gesaan dan cadangan supaya saya menyertai parti pembangkang tetapi saya memilih untuk menyertai Gerakan kerana parti itu masih dalam gabungan Barisan Nasional,'' kata Yip Kap.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Gerakan Negeri dekat sini, hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud