ARTIKEL SEBELUM

3/12/09

Siasat segera orang itu - Tian Chua




KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa menyegerakan siasatan terhadap kes seorang tokoh korporat berpangkat Tan Sri dan isteri seorang menteri kanan yang didakwa terlibat mengirim dana keluar negara secara tidak sah.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berkata, beliau memiliki bukti sahih berkaitan kes itu yang melanggar undang-undang perbankan negara mengikut Seksyen 30(1) (b) dan Seksyen 35 (b), Akta Pengurupan Wang 1998.

Menurutnya, pada Mac tahun lalu, isteri menteri itu mengirim dana sebanyak RM600,000 ke Dubai dan antara Jun hingga Ogos 2008, tokoh korporat itu pula mengirim dana berjumlah RM22.2 juta ke United Kingdom.

"Mereka perlu menyiasat sumber wang itu jika individu ini memiliki wang secara tidak sah," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Chua yang juga Pengarah Strategik PKR mendakwa, melalui beberapa sumber yang diperolehnya, sejak 2006 sehingga kini, sebanyak 114 kes disiasat BNM yang disyaki melanggar Seksyen 30, Akta Pengurupan Wang 1998.

Beliau sebelum itu berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada BNM namun tidak mendapat maklum balas.

Sehubungan itu, Chua menggesa BNM mengumumkan hasil siasatan pemindahan wang RM10 juta ke London oleh seorang menteri besar pada 2008 dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber wang itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud