ARTIKEL SEBELUM

10/12/09

Peruntukan BTN Cecah RM 550 Juta


KUALA LUMPUR : Peruntukan untuk pengurusan Biro Tata Negara (BTN) mencecah hampir RM 548 juta dalam tempoh 10 tahun. Jumlah ini benar-benar mengejutkan dan membazir dari sudut perbelanjaan Negara.

Menurut beliau, untuk tahun 2009 sahaja, kerajaan telah membelanjakan RM 74,023,100 bagi menanggung kos pengurusan dan perlaksanaan BTN di seluruh Malaysia.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir berkata, peruntukkan yang disalurkan kepada BTN benar-benar membazir dan keterlaluan. Kerajaan Persekutuan katanya boleh menyalurkan wang tersebut dalam menyelesaikan pelabagai kemelut yang dihadapi rakyat kini.

“Perbelanjaan tersebut boleh disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan, contohnya dalam membantu menyelesaikan kelemut air yang dihadapi Wilayah Persekutuan Labuan ketika ini,” jelas Shazni.

Peruntukkan ini jelas menjejaskan wang sudah tentunya dating dari rakyat sendiri. Shazni dalam kenyataannya meminta Barisan Nasional dan kroni-kroninya menghapuskan BTN yang benar-benar ‘membakar’ duit rakyat demi kepentingan dan agenda mereka sendiri.

“Jika benar Kerajaan hendak teruskan BTN, Kerajaan disarankan menggunakan duit Barisan Nasional sendiri tanpa mengusik duit rakyat. Kerajaan juga boleh menjadikan program itu sebagai salah satu program Barisan Nasional yang hanya dihadiri kroni-kroninya sahaja,” jelasnya lagi ketika dihubungi Erapakatan.

BTN menjadi isu panas seketika ini kerana modul dan pendekatan yang digunakan bersifat perkauman dan mencaci pemimpin-pemimpin pembangkang. Setelah Selangor dan Pulau pinang mengharamkan pelajar dan kakitangannya mengikuti BTN, kini Kelantan juga mengikut jejak langkah mereka dengan menghalang kakitangannya menghadiri BTN.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud