Radio Televisyen Malaysia (RTM) sah akan menyiarkan secara langsung perlawanan separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV antara skuad bawah 23 negara dengan Laos dari Vientiane, pukul 8 malam esok menerusi TV2.
Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang berkata, siaran berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab RTM dalam memberikan khidmat terbaik untuk tatapan rakyat khususnya peminat sukan di seluruh negara.
Jumaat lalu, skuad bimbingan K. Rajagobal ini mara ke separuh akhir setelah menewaskan juara bertahan, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhirnya sekali gus muncul naib juara Kumpulan A di belakang Vietnam.
Ini merupakan kali pertama Malaysia tidak menyiarkan secara langsung temasya Sukan SEA ekoran negara penganjur, Laos memberikan hak penyiaran kepada sebuah syarikat dari Thailand.
ha.. ha.. astro pergi mana... kalu liga inggeris dia dahulukan.tiada semangat satu malaysia la Anandan Krisnan ni tuan punya astro.Dah naikkan caj untuk channel sukan tapi Sea games tiada dalam kamus astro rupanya..he.. he..he ....tetapi malam ini aku takan boikot RTM punya kerana mesti tak putar belit cerita ha ha ha ha ...maju la sukan untuk semua