ARTIKEL SEBELUM

27/12/09

Keputusan bola liga EPL games 19




Gameweek 19
Birmingham 0 - 0
Chelsea
Fulham 0 - 0
Tottenham
West Ham 2 - 0
Portsmouth
Burnley 1 - 1
Bolton
Man City 2 - 0
Stoke City
Sunderland 1 - 1
Everton
Wigan 1 - 1
Blackburn
Liverpool 2 - 0
Wolves
Arsenal V Aston Villa malam ini
Hull City V Man Utd malam ini


LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang juga pengendali 'The Gunners' sejak 13 tahun lalu percaya anak buahnya kini dalam keadaan terbaik untuk mengucup kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekalipun mengalami kemarau trofi dalam masa empat tahun.

Arsenal bertemu Aston Villa di Stadium Emirates, hari ini dan kemenangan bakal memulakan buruan yang dianggap sengit dalam musim mencabar ini.

Barisan Wenger gagal mengucup sebarang kejuaraan selepas kali terakhir menjuarai Piala FA 2005 ketika menewaskan Manchester United dan ia dianggap sebagai kemarau kejuaraan terpanjang bagi pengurus berbangsa Perancis itu sejak tiba di Utara London pada 1996.

"Empat tahun terakhir kebelakangan ini paling mencabar," akui Wenger. "Ia tidak berkaitan dengan fakta kami tidak memenangi sebarang piala. Kami berpindah ke stadium baru dan berjaya menghabiskan liga dengan keputusan yang baik.

"Bagi saya, masa terbaik di kelab ini adalah pada empat tahun lalu namun malangnya ia juga waktu yang sama kami tidak memiliki sebarang trofi.

"Orang selalu terlupa bahawa kami sentiasa berada dalam keadaan konsisten dan ia adalah perkara yang paling sukar namun ia tetap waktu kerja terbaik setakat ini.

"Berpindah ke stadium baru dengan sumber yang kurang, orang ramai sepatutnya menghormati perkara itu bahawa kami tetap membuat duit setiap tahun ditambah pasukan tetap berada di kedudukan yang munasabah dalam kancah Liga Juara-Juara dan EPL. Saya rasa ia cukup sukar," kata Wenger.

Wenger kini sedang menunggu berita mengenai kecerdasan kapten pasukan, Cesc Fabregas ketika menanti lawatan Villa pada Ahad selepas pemain itu tersisih akibat masalah kecederaan pangkal paha. � Agensi

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud