KOTA BARU, Dis 31 — Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua-dua belah pihak sejak 45 tahun lalu.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baru itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.
Difahamkan keputusan itu dibuat dalam prosiding yang berlangsung semalam ang membabitkan Timbermine Sdn Bhd dan kerajaan negeri.
Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.