ARTIKEL SEBELUM

16/12/09

Kecoh - AJK Masjid Umno diganti dengan penyokong Pas

gambar hiasanan sahaja

IPOH, 16 Dis (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Slim Datuk Khusairi Abdul Talib hari ini mendakwa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

"Perbuatan ini adalah tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.

Beliau berkata antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Khusairi berkata beliau turut menerima laporan bahawa pertukaran nama itu turut melibatkan beberapa masjid dalam kawasan Parlimen Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Pengarah JAIP Datuk Mohamad Nor Mansor ketika dihubungi Bernama berkata beliau telah diminta oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

"Tidak boleh komen, MAIAMP meminta saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ada bukti. Isnin ini baru ada keputusan dan akan dimaklumkan," katanya.



Pirahhhhh... ini pun nak politikan kalau pegang jawatan Ajk tapi batang idung pun tak nampak berjemaah kat masjid apa guna...aku hairan dengan puak umno bila kena kat batang idung mereka wow... bising tak bertempat konunnnya ini perbuatan tak beretika dan dan membelakangi Raja konunnnnyan....

Cuba kita ingat kembali hampir semua ketua kampung dizaman pakatan rakyat telah dipecat oleh kerajaan haram atas alasan yang tak logik..adakah ini beretika atau bukankah ini membelakangi sultan yang telah melantik semua ketua kampung berkenaan.

Sudah la.. isu Ajk masjid ini usah kita politikan tiada faedahnya lebih baik kita bersatu mengimarahkan dan memakmurkan masjid kariah masing-masing tak kira umno atau pas yang penting kita sama sama mencari berkat untuk berbakti kepada agama Allah, tiada guna ada pegang jawatan dalam masjid kalau hanya hadir ketika mesyuarat sahaja ..time solat lima waktu tak nampak batang idung pun si ajk ( bukan semua ajk macam ini cuma segelintir sahaja. Kerana ada dikalangan mereka menjalankan amanah Allah ini dengan baik sekali )...sekian asalamualaikum...bukan salam satu Malaysia faham ke

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud