ARTIKEL SEBELUM

29/12/09

Beza demonstrasi PAS dan Umno



KUALA LUMPUR 29 Dis : PAS berpengalaman luas dalam menganjurkan sesuatu demonstrasi secara aman dan pastinya ahli, pendokong dan penyokong tegas parti lebih arif dan jelas jika pihak parti mengadakan sesuatu demonstrasi itu.

Demikian penjelasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung demonstrasi mengejut oleh sekumpulan kecil yang ditaja pihak tertentu dan dipercayai untuk memecah-belahkan kekuatan PAS khususnya selepas Konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) di Shah Alam 19 Disember lalu yang menyaksikan muafakat parti itu bersama PR.

Menurutnya, sekiranya benar demonstrasi itu dianjurkan PAS, perkara pertama yang penyokong perlu tahu ia akan disebarkan secara rasmi menerusi kenyataan dan tidak bersembunyi dengan hanya khabar angin dan sms propaganda.

“Jika benar demonstrasi itu anjuran PAS, kita bukan hanya boleh menyediakan 20 orang tetapi 2,000 orang pun mampu kita sediakan seperti mana-mana demonstrasi aman yang kita anjurkan sebelum ini,” katanya.

Beliau memberitahu, mereka yang berdemonstrasi pada hari itu juga amat takut untuk diambil gambar dan ini berbeza sekali dengan keberanian penyokong tegas PAS yang berani kehadapan mempertahankan kebenaran.

Sehubungan itu, beliau berharap mana-mana ahli dan penyokong PAS selepas ini lebih berhati-hati apabila menerima sesuatu maklumat selain terus merujuk kepada pimpinan.

Pada 27 Disember lalu, seramai 21 pemuda berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor.


Mereka kononnya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu di negeri itu.

Idris turut menyatakan keyakinannya bahawa demonstrasi itu didalangi oleh Umno dan konco-konconya khususnya selepas melihat muafakat erat PAS bersama PR di Shah Alam baru-baru ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud